awesome self ! Precious you ! Tweet ! Tweets by @Izaaaaaaaaaaaah Big Clap! lets hear it ;)! Gratisan Musik
| Mungkin Sukar untuk aku menumpukan perhatian ketika berada dalam kelas malam tadi . Walaupun bilangan pelajar tidak mencecah seratus namun suasana sungguh bingit dengan pekikan para pengajar. Mereka masing-masing ingin bersuara dengan para pelajar. Aku hanya mampu berdiam diri kerana otakku tidak mampu untuk berkerja dalam suasana sedemikian. Lebih-lebih lagi tepat dihadapanku terdapat wajah seseorang yang pernah bertakhta dihatiku. Aku sukar untuk melalukan sebarang kerja yang diarahkan akibat sering terpandang wajahnya. Senyumannya sungguh memikat dan dapat mencairkan hati para gadis . Sesiapa sahaja yang melihat senyumnya pasti akan hanyut di laut hati yang bergelora. Dulu aku lemah ketika dia sering melontarkan senyuman manisnya kepada ku. Aku seperti berada di awang-awangan . Kendatipun aku telah melupakannya dan telah mendapat penggantinya. Sekarang aku telah bernikah dengan Spm dan akan melangsungkan persandingan pada 6nov ini. Dalam kebingitan malam , aku menatap senyumnya dan terfikir , adakah aku akan kembali terpikat kepadanya? Hampir saja aku mengiyakan persoalanku itu. Namun hatiku menolak . Harapan hati ku robek setelah melihat cincin di jari manisnya. Baru aku sedari bahawa dia sudah berpunya. Tidak guna untuk aku meneruskan harapan yg tidak mungkin kesampaian ini. Hati kecilku berkata, mungkin dia sudah berkahwin? Hmm Seperti mana kaburnya wajah dalam gambar itu,sedemikian jugalah kaburnya dia dihatiku. Akanku berusaha melupakannya. Dia akan hilang dari dalam hatiku dan tinggal sebagai kenangan manis ku di zaman persekolahan. |